Monday, April 26, 2010

Tip Blog Shop 2 | Idea bisnes cara Abraham Maslow

[Sumber: http://bengkelblogshop.blogspot.com/2010/04/tip-blog-shop-idea-bisnes-cara-abraham.html]



Seorang peniaga bertanya, “Adakah sebarang panduan menjana idea bisnes yang pernah digunapakai dalam perniagaan di internet?

Ada. Satu formula mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang bersesuaian telah didedahkan dalam Internet Marketing for Dummies, mereka mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang memenuhi teori Abraham Maslow iaitu Hierarki Keperluan Maslow.

Dalam teori yang diketengahkan oleh Abraham Maslow, manusia akan cuba memenuhi lima peringkat iaitu

* Keperluan fisiologikal seperti rumah, pakaian dan tempat tinggal
* Keperluan keselamatan seperti kit kecemasan, perubatan, tempat yang selamat.
* Keperluan sosial seperti rakan-rakan dan teman hidup.
* Keperluan penghargaan diri seperti lambang jawatan menunjukkan kejayaan, jenis kereta dan pakaian menggambarkan status dan hiasan rumah melambangkan gaya hidupnya.
* Kesedaran kendiri iaitu sesuatu yang melibatkan keagamaan dan unsur jiwa.


Bagaimana peniaga memperkenalkan produk dan perkhidmatan di internet menggunakan teori Abraham Maslow.

Lihat pada jadual di bawah.

Keperluan fisiologi

Perkhidmatan rumah untuk disewa
Menjual makanan kesihatan
Menjual pakaian lelaki dan perempuan
Menjual pakaian kanak-kanak dan bayi

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan keselamatan

Menjual dan memasang penggera dan CCTV
Menjual penyembur lada sulah untuk wanita
Menjual kit pertolongan cemas
Penggera kenderaan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan sosial

Perkhidmatan sms melalui internet
Perkhidmatan portal cari jodoh
Kelab berdasarkan kemahiran
Program dan bengkel sehari
Keahlian spa dan program kuruskan badan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan penghargaan diri

Menjual dompet berjenama
Menjual koleksi pakaian berjenama
Menjual akseori wanita eksklusif
Khidmat dekorasi rumah
Menjual produk antik
Mereka hiasan kreatif dan lanskap

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Kesedaran kendiri

Menjual produk haji dan ibadah
Menjual buku motivasi kendiri
Seminar dan motivasi kehidupan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________

1 comment: